Wednesday, December 29, 2010

Post Party -Anugerah Skrin 2010

Sambungan dari Anugerah Skrin di sini. Saya dan Ira ke tingkat 4 untuk berjumpa dengan guest partner masing masing. Kami letakkan bag dalam but kereta dulu. Lepas tu ke tingkat 2 untuk After event party di mana hanya VIP dan media terpilih saja dijemput hadir. Cantik hiasan dewan itu, gelap gelita..tapi disinari dengan kerlipan lilin dan lampu malap. Lapar..jadi terus makan dulu. Ada roti jala, kari ayam, pau ayam, mini roti canai, mee goreng mamak (ahaks!) , kuih muih dan buah buahan. Makan berdiri sebelah meja kecil yang disediakan. Dah tahu meja tu kecil, balang kacang yang sebesar 40% meja bulat diletakkan kat situ. tambah bunga di tengah lagi..kekekeke...

Lepas tu, kami semua mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar bersama artis artis tempatan. Enjoylah gambar gambar seterusnya.

Anugerah Khas Juri Sam ShaheizyRehan Yakob, auntie Ira yang super cool. Artis zaman dulu..dont play play ah. tiba tiba semua artis muda nak ambik gambar dengan beliau pulak..hehehe

Pelakon Nur Kasih, Fizz Fairuz :)
Alahai chomelnya Pelakon wanita terbaik-Kategori filem-Sharifah Amani 'tersepit' di tengah
Shamsul Yusof
Host ASK 2010, Awal Ashaari-memang cool
Awal dan Scha
Ira, kak Adibah, Adibah, devi (Saya ler), Silviana & kawan Silviana
decor yang cantik dan romantik gitu.Ada buah buahan dan pencuci mulut/manisan sekali (pinggan di bawah yea)
adik saya, Ronnie
Selesai sudah akhirnya, sekarang boleh fokus contest lain...huhuhu .Apa apa pun, terima kasih kepada pihak Pantene & Starcom serta TV3 sebab bagi peluang kepada saya untuk menikmati Pantene 14 days CHallenge ini. Best jugak lah sebab pada masa yang sama, saya dapat mengasah bakat menulis blog dalam BM. Selain itu, dapat berkenalan dengan geng geng yang sekepala seperti Nina, Ira & Adibah. Dress yang berharga Rm450 tu pun diberikan kepada semua finalis sebagai salah satu 'hadiah' dalam contest ini. Tidak lupa kepada Kak Ayu kerana dia yang memberitahu saya pasal challenge ini. Kepada peminat setia blog saya(Chewah--ada ke? kalau takde pun ada aku kesah? kekekee ) teruskanlah membaca..sebab saya ni kureng sikit nak membaca, tulis ok pulak...pelik betul. Sekian, sehingga berjumpa lagi di contest yang lain...

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

cantiklah Devi malam tu..n baju itu sangat gorjes..anyway congrats again for being choosen as one of the finalist,,,, :)

Devi da Lil' DeviL said...

terima kasih kak ayu.i pun suka baju tu..first time ada gaun sepanjang tu..huhuhu...best. thank you sebab bagitau..guna pantene tak, nanti i pass some to you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...