Monday, May 23, 2011

Mengunjungi Pusat Jagaan OKU NUR (Titiwangsa)

Ingat lagi tak pasal Pusat Jagaan Titian OKu NUR dalam blog yang saya tulis beberapa minggu lepas?

Aahh..Sabtu yang lepas saya dan beberapa rakan saya, Nonie, Ira, Tjun dan John telah mengunjungi Pusat Jagaan OKU Nur tersebut. Sambutan kurang hangat walaupun saya dah post event ni kat Facebook, tapi takpe mungkin ramai dah ada plan masing masing kot pada 21 Mei 2011 itu.

Awal pagi lagi saya dah bangun sebab nak nak semak apa lagi yang boleh didermakan serta tak lupa kena pesan 15 bungkus nasi lemak, 5 bungkus mee goreng dan 5 bungkus mee hun sedap dari makcik yang menjaja di kawasan rumah saya itu. Sesampainya di situ, penuh orang beratur..alamak nasi lemak..heheehe..apa pun sempat saya menghabiskan bekalan nasi lemak yang terakhir dan makcik dapat tutup gerai awal dari biasa.Lepas itu, terus bergegas ke rumah Ira. Terima kasih pada adik Ira sebab membantu mengangkat bungkusan besar yang penuh dengan pakaian lama. ok set, lepas itu ke rumah Nonie. Terima kasih pada Nonie untuk pakaian lama serta tak lupa pada adiknya, Anna kerana menghulurkan banyak muffin yang dibuatnya sendiri. Singgah di 7Eleven sebab lupa nak beli minumum tadi...ahaks. 

Kehadiran kami disambut dengan baik oleh Ah Long, salah satu budak yang menghuni di sana. 
Ini Ah Long
Dengan pantas dia menghulurkan tangannya untuk bersalam serta menolong kami mengambil bungkusan-bungkusan tersebut. Hidangkan makanan untuk mereka dan seronok tengok mereka makan. 
Let's eat


she is very quiet and a little shy
She dont talk much. As once she finished her meal, she quickly went inside the house
 Tjun dan John datang selepas itu dan Ah Long asyik menghulurkan tangan untuk bersalam serta memeluk mereka. Kata Pn Normah, pengasas di sana, Ah Long suka peluk orang lelaki je. Tapi jangan bagi minuman manis, nanti dia akan menjadi hyper aktif. 

Tiba tiba, Kak Azimah call, katanya dah dekat area Istana Budaya. Kak Azimah yang tengah sarat mengandung 7 bulan nampak lebih kurus dari biasa. Tak mahu menyusahkannya, saya ke istana Budaya untuk berjumpa dengannya kerana kak Azimah hendak 'pass' kan beras dan bekalan makanan kepada mereka. Thanks Nonie for some of the photos.:)
nasib baik Tjun dan John ada..bungkusan beras 20kg tu agak berat untuk saya mengangkatnya..:P
Thanks to Kak Azimah
 Sambil berbual bual dengan Nana serta penghuni yang lain, pada saat itulah kami semua mendapat tahu dari Pn Normah bahawa Nana, gadis pintar yang boleh berbahasa English, Malaysia serta Cina menjadi begini sebab urat saraf di kepala terputus akibat jatuh dari bangunan dua tingkat semasa berumur 18 tahun. Kini Nana berusia 25 tahun. Sedih kan? Dalam sekelip mata, kehidupan seseorang boleh berubah tanpa disedari. Renung renungkanlah...

Tengah tonton tv
Nana suka borak dgn Tjun
alaaa comelnya Ah Long peluk John..Ah Long suka peluk lelaki je..
group picture.
Saya tahu bukan semua orang dapat meluangkan masa mereka dengan kesibukkan harian masing masing bersama keluarga, tapi kalau ada masa terluang, diharap anda dapat melawat mereka walaupun sekejap kerana kadang kala, kehadiran anda cukup untuk menggembirakan hati mereka yang menagih kasih sayang dan perhatian. 
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Cia wei yang tidak sempat untuk datang pada pukul 11pagi itu, jadi dia telah datang pukul 9 pagi untuk menghulurkan derma sebelum bergegas ke Empire kerana ada temujanji bersama Levis. Kepada Nonie, Ira, Tjun, John, Anna, Kak Azimah serta doa anda semua amat dihargai dan ribuan terima kasih yea sebab sanggup datang serta membantu apa yang mampu.

Hargailah kehidupan anda dan bersyukurlah kepada Tuhan, dunia ini hanyalah sementara, buatlah apa yang baik untuk semua.
Sesiapa yang ingin membantu, boleh menghubungi terus
Pusat Jagaan OKU NUR,
NO 9, Jalan Tembaga,
Off Jalan Pahang Sek 85
53200 Taman Tasik Titiwangsa, KL
Tel: 03-40214791 / 012-673 1816
Atau bank in terus duit ke  
CIMB 14160074515526 Normah bt Adlan

Saya akan cuba untuk membuat kunjungan ini sekerap yang boleh, so kalau ada yang nak join, sila sila kan lah yea. :) Semua dijemput.
Saya akhiri blog ini dengan Rangkapan dari ajaran Buddha, Siddhartha Gautama
Search a beautiful heart not a beautiful face.
Beautiful things are not always good
but good things are always beautiful.

Every test in our life makes us bitter or better,
Every problem comes to make us or break us,
Choice is ours whether we become victim or victorious !!!


Sekian terima kasih.

5 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

a good reminder to all of us. kekadang kita lupa tidak selamanya kita akan berada di zon yang selesa :)

Devi da Lil' DeviL said...

tulah ayu. life is unpredictable.

ciawei said...

Devi, just manage to read yr post, will try my best to remind myself to do more for others as long as I afford.

Ezna Khalili said...

usaha yg murni...betapa kita kena insaf......

Devi da Lil' DeviL said...

yup betul betul..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...