Wednesday, December 29, 2010

Anugerah Skrin 2010 karpet merah

24/12/10 hari yang "ditunggu tunggu" akhirnya telah tiba. Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010) akan disiarkan secara langsung di tv3 and juga tonton.com.my malam tersebut. Lebih kurang pukul 1230pm, saya dan adik, Ronnie makan tengah hari dulu sebelum menghantar saya ke PWTC. Setelah sampai, terserempak dengan Nina & Ira. lepas tu yang lain pun muncul satu per satu. Temujanji pukul 130pm jadi tak elok lah kalau datang lewat kan? Nanti dapat reputasi tak baik pula sebab buat orang menunggu..:P Kami diberitahu untuk ke tingkat 3 (macam underground je) sebab lampunya yang malap, lif yang berminyak dan ramai pembantu dapur lalu lalang kat situ..ahaks. Tunggu sekejap sebab make up artists dari Amber Chia Academy baru sampai. So berdandan lah kita dengan make up yang tebal, bulu mata palsu dan tidak lupa yang paling penting- rambut kami semua. Kebanyakkan dari kami didandan rambut 'curl' mungkin sebab nak ikutkan tema Glam untuk ASK 2010. takde lah kami nak demand lebih lebih pun. kalau demand nak set rambut cara yang lain -dibenarkan ke? :P
Lunch dan tea break disediakan tetapi setiap kali naik ke tingkat 4, makanan habis - licin. Samaada staff belakang tabir terlalu lapar atau makanan yang disediakan hanya untuk 10 orang. :P nasib baik kami ada bawa bekalan sendiri--so keluar lah roti babu, twiggies, kacang, roti potato dan snek yang sewaktu dengannya. Semasa itu jugalah sempat 'bergedik' depan kamera. Si Nina demam- tak sihat, Si Adibah pula dah lembik sebab tak sempat makan nasi, Ira, Connie, Linda, Silviana, Ash, Izza dan saya sempatlah borak borak dan semua meluahkan agar malam ni berlalu dengan pantas sebab rasa 'excitement' tu dah mula layu kalau dibandingkan masa Press conference tu. Pelik tapi benar.

Jam menunjukkan pukul 5 petang, Miau Yee dah bawa turun 'dresses' kami. Cepat tukar!!!! masalah betul, tak ada bilik persalinan. Suruh kami tukar dalam tandas. Kalau tandas kat Empire tu oklah juga, bersih, kering dan luas. Tandas kat sini basah, sempit dan berbau...huhuh..Nasib baik, bilik yang dikhaskan untuk penari masih kosong, jadi kami semua bergegas dan menukar outfit kami. Giler punya laju nak tukar sebab kata Miau yee kami dah terlambat untuk rehearsal sebelum live malam ni. Barang barang penting seperti netbook, camera, beg duit dan hp ditinggalkan di koridor tingkat 3 dengan hati yang sangat berat. Tapi make up artist masih ada di situ, so ok kot. jadi bergegas lah kami semua ke tingkat 4 macam cicak baru putus ekor. Sesampainya kami di belakang pentas, boleh mereka cakap tak jadi rehearsal sekarang..Aik? Habis suruh kita bergegas bagai nak rak tu apasal. Apa pun, kami turun balik ke tingkat 3 dan selepas memastikan barang penting masih ada di situ, kami memakai accessories Gold seperti yang dibagi tau earlier dan touch up sana sini sikit.

Kemudian, giliran menunggu lagi. macam dah masuk ofis gomen. tapi yang ini tak sempat ambil nombor, tunggu je lah. Lepas tu, sempat kami dipanggil untuk buat raptai sekali. Raptai tak sampai 4 minit..hehee..then turun balik ke underground tu. Ronnie dah sms, macam mana nak masuk dewan, takde tempat reception VIP pun. kak Azimah lagi kesian, tiket dia i dah bagi kat Reena untuk pas kan kepada reception. Tapi reception ckp takde. Tunggu punya tunggu, Ronnie sms yang dia dapat masuk tapi takde pula tempat duduk yang dikhaskan seperti yang diberitahu semasa briefing hari tu. OK memang banyak perkara yang patut diperbaiki kalau nak buat event yang live macam ni. Statement Anugerah paling berprestij dekad ini mungkin patut ditarik balik. Sebab 1st of all, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi harus dipikul serta boleh memberi persembahan dengan mutu yang terbaik untuk pihak VIP, artis, media serta para hadirin yang hadir sekalian. Ini buat semua orang rasa tidak puas hati, tapi bila diusulkan setiap perkara begini, orang nak mengata kita komplen pulak. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..betul tak?

baiklah untuk tidak melengahkan masa lagi, kami semua diminta untuk bersedia bagi acara berjalan di karpet merah. Risau pula barang berharga kami ditinggalkan di koridor je. Mungkin pihak yang berkaitan patut sediakan loker atau bilik khas untuk anugerah yang 'berprestij' di kemudian hari. Tapi nasib baik Miau Yee ada beg galas untuk kami menumpang beg dompet kecil, hp dan kamera. Barang lain terpaksa kami tinggalkan di bawah/atas kerusi di sana saje.

Sampai je kat sana, penuh dengan VIP, artis & media tempatan. Lawa betul Nasha Aziz dengan dress dia yang anggun lagi elegant. Kami pun berjalan lah di karpet merah di mana pihak wartawan dan media mula melepaskan flash bertubi tubi. Semakin dekat kami ke pentas untuk di interview 'live', semakin riuh bunyi bising ..rasa macam kat pasar borong /malam pun ada. Rupa rupanya, photographer sedang mengambil gambar. Ambil gambar bukan guna tangan dan mata ke? Tapi kenapa mulut yang bising. pelik. Karpet merah yang saya hadiri di New York untuk tayangan Sex and the city 2, photographer dia bersopan sikit. ahaks.

Website GUA ada gambar kita..masa ini lah photographer semua melalak ..i pun tak tahu motif sebenar mereka menjerit. Apa pun terima kasih untuk gambar ini
Nak tengok macam mana interview tersebut? tonton lah..

Selepas di interview, 14 gadis pantene diminta untuk ke belakang pentas bagi persediaan pengumuman keputusan. Pengumuman kami dibuat semasa iklan di tv3, jadi penonton di rumah memang tak dapat nak melihat kami semua di tv..kekekee..streaming di tonton je lah yea. Biasalah semasa 'live show' macam ini, pasti ada aktiviti-aktiviti yang akan dipersembahkan semasa iklan supaya para hadirin tak bosan serta dapat mengisi masa yang kosong itu. Keputusan seperti yang dijangkakan di link ini. Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tak menang, jangan putus asa, ada banyak lagi contest yang anda boleh join..hehehe

Selepas selesai, kami masih diminta menunggu di belakang pentas, sebab the show must go on. Semasa 'commercial break', baru kami dibenarkan untuk duduk di tempat yang dikhaskan dalam dewan. So sempat juga melihat persembahan Anuar dan Ziana Zain serta beberapa kategori yang lain yang dinobatkan pada malam itu. Tapi persembahan paling mantap bagi saya jatuh kepada Faizal Tahir..superhero betul. persembahan beliau juga merupakan persembahan penutup.
Semasa semua orang bergegas nak pulang/tandas/post party, sempat saya menegur Datuk Jalauddin Hassan dan bergambar dengan his lovely wife. Tiba-tiba i tersedar my hp dan camera digital hilang..nasib baik Si Adibah suruh check betul betul. Rupa-rupanya terselit di kerusi..suspense sekejap. Thanks Adibah. Jadi lepas tu, turun lah kami semua ke underground/basement semula untuk mengambil beg. Dalam kesibukkan kami mengemas beg, tiba tiba Adibah cakap beg dia hilang. Cari punya cari, tak jumpa. sedangkan dia selitkan di bawah beg-beg yang lain. Kesian betul. Bukan management nak bertanggunjawab pun. Ini memang sah ada orang yang mencuri ni. Wei beringat sikit, tidak sesiapa dapat melarikan diri dari hukum karma. kalau ada yang terbaca blog ini dan secara kebetulan merupakan si pencuri/keluarga terdekat si pencuri/ bff pencuri tu, pulangkanlah beg serta rantai emas dan hp tu. Adoi, apa lah motif korang nak mencuri beg orang? takkan kaya pun wei.

ok..sambung post party selepas ini..kena tunggu yea..sebab kena upload video Faizal Tahir sekali..

2 comments:

ciawei said...

All contestant are so gorgeous! :)
Yes, I believe in Karma too, who stole the bag will get back what she/he did to others!

Devi da Lil' DeviL said...

thanks cia wei..yup..no one can get away from karma...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...