Hyeeee semua...hari ini dah masuk hari ketiga dan trip ni bukan sahaja akan banyak membawa kami berjalan jalan di seluruh daerah Canterburry tetapi juga untuk 'menggemukkan" diri kami..muahahah..yelah mana taknya..habis jer setiap destinasi atau aktiviti, pasti kamu akan dibawa ke tempat menarik untuk menjamu selera. okay tak pernah kami nak complain sebab rezeki jangan ditolak...aaahhh... cakap pasal makan, sebenarnya hari ini ada aktiviti istimewa untuk kami..asyik kita je makan, apa salahnya kalau sekali sekala belajar memasak kan? Cuaca hari ini pula diramalkan akan hujan jadi tidak sesuai sangat untuk membuat aktiviti kat luar.
best gak pengalaman belajar memasak di negara orang. :) chef kami namanya Steve. Hari ini dia nak ajar kami masak ikan salmon dengan krim dan nyoki/nioki (diperbuat dari ubi kentang). Gementar pulak masa nak masak tu, yelah dah lama sangat tak masuk dapur. :P tapi bestlah sebab dia ajar macam mana cara mengendalikan ikan salmon dengan betul agar kesegaran dijaga. Tak sangka pulak lepas masak, Steve cakap kami boleh jadi penolong dia..hehehe :)
penggambaran sedang dijalankan sambil kami memasak seperti orang New Zealander |
bersama chef kami Steve...muka dia mcm Jason Statham kan? pelakon aksi Hollywood |
Lepas kelas memasak, kami ke Canterburry Muzium dan diketuai oleh sepasang suami isteri yang banyak menerangkan tentang sejarah macam mana keturunan mereka dari Perancis menawan tempat yang indah ini. Tempat ini -Akaroa memang banyak menyerupai perkampungan Perancis cuma kebanyakkan penghuni di sini sudah tidak mengamalkan adat nenek moyang mereka. Malah mereka seakan akan macam orang New Zealand dah.
Town carier, Steven dan isterinya. dia kata dia Napoleon. :) |
Selepas itu, kami ke kilang membuat keju..bermacam macam keju dari yang manis, masam, pahit dan pedas..
okay nanti saya ceritakan lagi apa yang kami buat..bye for now!
6 comments:
i love to read your posts.. untung u
thanks babe. yup i am...ayat tema kita kat sini...untong lah! :)
Hoho nyioki tu ejanya gnocchi. I watch cooking shows so i saw before.... Hoho bestnya day 3. :-)
Hoho nyioki tu ejanya gnocchi. I watch cooking shows so i saw before.... Hoho bestnya day 3. :-)
Hoho nyioki tu ejanya gnocchi. I watch cooking shows so i saw before.... Hoho bestnya day 3. :-)
oh thanks ivan..i just get to know about the existance of gnocchi after chef steve introduced to us..haha..nampak sgt jenis tak pandai memasak..:P
Post a Comment