Its Friday the 13th! takde perkara buruk yang serius berlaku tapi DSLR saya terjatuh ke lantai dan haih..lense rosak. huhuh...sedih pun ada tapi takpe sebab ada banyak kamera dalam trip ni. sesi bergambar memang tidak menjadi masalah.muahaha.
|
pokok-pokok di sini sungguh menakjubkan! |
|
good morning! hari yg ceria..matahari menyinari tapi masih sejuk! |
Hampir setiap hari kami melanggani wifi dengan NZ10 (24jam)sebab kebanyakkan kedai-kedai di sini tutup awal, pukul 6petang semua dah bergegas nak pulang kecuali restoran biasanya tutup lambat itupun bergantung..ada yang tutup pukul 930pm.. kalau nak selamat, kita beli snack sebelum itu buat bekalan makan tengah malam. Bukannya apa, kami jenis yang tido lewat tapi dah takder aktiviti luar yang boleh kami buat so internet jugaklah jadi teman sejati selain berborak penuh...:P Itu yang banyak ber'tweet dan upload gambar kat fb dan sempat jugak lah berblog live dari NZ...tak lupa join contest sana sini...
Ok jom cerita pasal hari ke 5 kami di sini pula. Pagi ini kami bersarapan di hotel. Buffet macam biasa american english breakfast..dah tak lalu makan pun ada bukan sebab tak sedap tapi terlalu berat di awal pagi..so i makan cereal dengan susu lembu segar...yummmm..orange juice jangan lupa. Cuaca hari ini sangat best dengan sinar cahaya matahari yang tak segan silu menonjolkan diri di sebalik cuaca sejuk yang nyaman dan segar.
Lepas check-out, kami meneruskan perjalanan ke KAIKOURA...bandar yang cukup sempurna bagi saya dengan keindahan semulajadinya seperti lukisan dan gambar di sebalik postcard...aahhh rindu pulak bila mengingati tempat ini. Selain cantik, bandar ini juga kaya dengan kehidupan laut seperti IKAN PAUS, anjing laut, ikan lumba lumba dan tak lupa seafood! Hampir setiap hari makan ikan salmon/dory, so hari ini ingat nak cuba makan crayfish (udang ala ala galah) pulak.
Perjalanan hampir 2 jam itu membawa kami ke dunia baru dengan keindahan gunung-ganang dan laut yang banyak memberi inspirasi . Kami juga menyedari bahawa kawasan sekelilingi berubah dengan drastik bagi setiap daerah yang kami lalui. Dari rumput hijau ke rumput kering kekuningan ke banjaran gunung yang disaluti ais keputihan...Kami siap berhenti untuk ambik gambar dgn berlatar belakangkan kambing biri biri.
|
dari bukit bakau kehijauan ke... |
|
kawasan penuh dengan kambing biri biri |
|
macam jakun sikit sebab 1st time tengok sebanyak ni.. |
|
yeah...ada 40 juta kambing biri biri..penghuni NZ hanya 4 juta...hehee |
Kami tiba di Kaikoura pada waktu tengah hari, dan agak kelam kabut sikit pada mulanya kerana aktiviti pertama sepatutnya untuk berjumpa dengan orang Maori tetapi ada sedikit perubahan jadi kami bergegas untuk makan tengah hari dulu.
|
KAIKOURA -kawasan yang popular dengan populasi ikan pausnya |
Kami ke Seafood BBQ dimana gerai van bergerak tersebut betul betul berhadapan dengan pantai macam kat Langkawi yang jual cendol dan rojaklah.
|
jangan lupa singgah di sini untuk makan di tepi pantai. kesegaran terjaga |
Tapi best part sini, tangkapan segar dari pantai terus dimasak untuk santapan. I pun order lah crayfish..rupa rupanya takde pulak..haih..kempunan sikit lah jugak. so order fish and chips jer yang ditelan dengan laju sebab Sheena cakap kami hanya ada 20 minit sebelum berjumpa dengan orang Maori tu. Sementara menunggu makanan kami siap kami sempat bergambar di tepi pantai..hehee
|
terima kasih MYTV3 |
|
yeah rock star lah konon! |
|
mak ai..besarnya saiz fish n chips dia |
Lepas makan (lebih kepada menelan..ahaks!), kami pun bergegas ke meeting point di Kaikoura visitor centre dan berjumpa dengan Morress dan Karen ( 2 orang yang sungguh peramah dan baik hati) dari Maori Tours Kaikoura . Proses menunggu bermula.
|
Faizal (producer), Aidid (pengacara/cameraman), Talha (cameraman), Nyet (Cameraman) dan Sheena (Christchurch & Canterburry Tourism personnel) |
Kami diajar untuk menyelami dengan lebih dalam mengenai sejarah dan budaya masyarakat Maori. 'Lawatan sambil belajar' ini banyak membuka minda saya serta memberi pemahaman penuh mengenai cara hidup mereka secara rohani dan salsiah terhadap alam persekitaran. Nama saya dlm bahasa Maori ialah TORU. maksudnya <3 .
|
kami dibawa ke kawasan atas bukit di masa kesan peninggalan benteng semasa perang zaman dulu |
|
tengah menghafal lagu MAORI |
|
nampak tak bulu burung sebelah kiri tu, haa yg itu, saiz sebenar tau..hehee..joke jer |
|
bersama Karen (Maori guide yang memang peramah) mengingatkan kepada arwah nenek saya..cara percakapan, iras wajahnya dan pelukan mesranya. :) |
|
kami juga dijemput ke rumah Morres, isterinya (berdiri) sedang membuat sedikit penerangan mengenai budaya mereka |
|
kawasan bersejarah orang Maori |
|
cantik tak anyaman saya? |
Saya rekomen kepada sesiapa yang datang ke Kaikoura, silalah ambik tour ni. Hampir 3 jam dimana kami di bawa ke tempat bersejarah kaum mereka, belajar menyanyi lagu dondang sayang mereka, menganyam dan cara menjemput tetamu yang dinamakan "hongi" bersalam tangan sambil merapatkan kepala dan sentuhan dari hidung ke hidung....
Selesai semua itu, kami pun adalah sedikit masa untuk membeli souvenir dan membelek-belek apa yang patut. Senja mula menjelma, jadi Sheena menyuruh kami untuk mula bertolak ke penginapan malam ni...aaahhhhhh jangan terkejut..kami akan tinggal di atas pokok malam ni..biar betul? rumah pokok ni memang salah satu penginapan paling mahal dan esklusif yang mampu mencecah NZ1500 satu malam. Tempat ini dikenali sebagai HAPUKU LODGE.
|
gambar dari internet...giler best kan??? |
Saya pula dapat stay kat Suite yang serba lengkap siap ada Ipod yang dipenuhi dengan lagu lagu tenang (yeah ada IPOD). Apa pun sangat bersyukur kerana dapat peluang untuk tinggal di sini. Okay tak nak cakap banyak, jom kita makan dulu. Akhirnya, tertunai jugak hajat nak makan crayfish..nah ambik!
|
kelembutan isi crayfish dengan mentega serta minyak zaitun memang salah satu santapan terbaik i pernah rasa..FRESH! |
Hari dah malam..penat berjalan seharian..tiba masa untuk berjacuzzi...haaaaaahhh...
|
masa tengah unpacking, tak sedar bila air mula melimpah dengan buih..muahahaha... |
orait..nak tahu apa yang lagi aktiviti lain yang menarik semasa kami di Christchurch, sila tunggu yaa. !
4 comments:
Hapuku Lodge looks nice and interesting from the picture =)
Do you have more pictures of it? =D
Glad that you enjoy your trip too~ Looks really fun!
hi tian chad,
yes, but since we arrived its already dark, the pictures will be revealed on day 6 morning...hehehe wait for it. but i think most of it are on videos. need to get from the producer soon.
yup it is fun fun fun!
nak cakap banyak kali.. bertuahnye youuuu
wahhhhhhhhhhhhh bestnyerrrrrrrrrrr
Post a Comment