Peraduan Discovery Channel - BERITA HARIAN - MYTHBUSTERS GREEN HORNET SPECIAL. Dahlama tak blog dalam BM, lagi pun menang peraduan dari Berita harian, jadi mari kita berbahasa hari ini. :P Menang 2 ticket untuk tayangan Premier 3D The Green Hornet (Tebuan Hijau) di GSC Singature, The Gardens semalam 24/1/11.
Sempena episod Mythbusters Green Hornet Special yang akan ditayangkan pada hari Jumaat ini bersamaan 28 Januari 2011 jam 8 mlm di Discovery Channel (Rangkaian Astro 555) kalau takde astro, singgah rumah kawan,saudara atau yg sewaktu dengannya. sebab ada 2 adegan dari filem itu akan dilakukan oleh pasukan Mythbusters yang memang kepala giler punya untuk membuat experimen sebegini.
Cerita Tebuan Hijau ini boleh tahan la..rating saya bagi 3/5 sebab ada ciri-ciri jenaka yang tidak masuk akal tapi masih boleh buat saya gelak sorang diri. Jay Chou ber'speaking' English di mana kadang kala saya tidak dapat meneka apa yang disebutnya. Rasa macam dengar suara Chef Yan terkenal dalam siri "Yan Can Cook, So can you". Watak utama Seth Rogen, takmacam hero biasa anda,sebab tak hensem, tak bergaya tapi sebab diarahkan oleh diri sendiri, dia menjadikan diri sendiri sebagai watak utama /hero tempatan di LA. saya suka Cameron Diaz semenjak mendapat tahu yang dia ini kaki aktiviti luar yang lasak,suka beramal dan mengadakan kempen mengitar semula. memang kaki sempoi di luar tabir, lakonan dia memang selalu menjadi wanita yang bijak dan juga kurang bijak..ada paham? gila-gila sikitlah.
Jalan cerita banyak menonjolkan kereta ala ala zaman kolonis, besar, kebal serta klasik. Paling i suka bunyi enjin dia..Mantap. Untuk tatapan serta memberi idea tentang sains,fizik dan kimia...silakan lah menontonnya..bersedia untuk gelak dengan kerenah kebudak-budakkan watak Tebuan Hijau dan Associate/side kick dia, watak Cato (Jay Chou).
Jalan cerita banyak menonjolkan kereta ala ala zaman kolonis, besar, kebal serta klasik. Paling i suka bunyi enjin dia..Mantap. Untuk tatapan serta memberi idea tentang sains,fizik dan kimia...silakan lah menontonnya..bersedia untuk gelak dengan kerenah kebudak-budakkan watak Tebuan Hijau dan Associate/side kick dia, watak Cato (Jay Chou).
Terima kasih kepada Compass Communications, Berita Harian, Discovery Channel & GSC Cinemas sebab bagi peluang untuk tayangan ini. Cinema GSC Signature, The Gardens yang sememangnya panggung wayang ada class. Nanti saya akan blog pasal GOLD CLASS tapi buat masa ini kita bercerita pasal Premier Class dulu. Masa ini semua orang dah balik, sebab tu kosong sahaja..
2 tiket yang dimenangi, di cetak dengan cantik sebab siap laminate dengan plastik.kena air tak basah dan luntur..:P
Ini watak terbaru...LOL..kena pakai cermin mata khas 3D, yang membuat saya pening sebab tak biasa. I rasa lain kali i nak chop tempat yang jauh sikit dari skrin. Sebab rasa mcm kepala saya berpusing sama dengan adegan kereta terbabas
Tempat duduk berpasangan yang selesa, besar, kusyen lembut, skrin yang lebar serta banyak ruang kerana tak salah saya tempat duduknya diterhadkan untuk memastikan 'feel good feeling' kepada semua penonton. Siap bagi coke dan popcorn setiap sorang..Sebab itu ada popcorn siapa entah bertaburan di lantai.
4 comments:
Wah blogging dalam bahasa kebangsaan nampaknya. dah lama tak menulis dalam BM dan bila I baca saje artikel u, memang mengancam. menbuatkan saya pun syiok nak blog dalam BM satu hari ni. tapi tak ada tajuk yang sesuai. mungkin boleh tonton filem melayu satu hari dan tulis mengenainya macam u ... wah~~ cukup syiok !!!
memang besh kan devi...first time i tengok kat sini :)
betul..memang best. i first time tengok 3D movie kat signature premier class jugak. GOLD class pernah tengok sekali..
hye cousin @baby octopus - syiok kan? tapi tak payah pikir lama, cari je kedai makanan yang u suka dan blog dlm BM..mcm sekolah dulu tapi ini BM rojak sikit...hahahaaa
Post a Comment