Thursday, January 27, 2011

Sampai bila?

Tragedi seorang gadis yang terjatuh ke dalam lubang longkang ini masih teringang-ingang dalam minda saya. (Ini gambar terkini yang diambil pagi ini, ada palang/stand yang menutupnya)


Waktu tu bersamaan dengan BLACK MONDAY (24/1/11) , saya baru turun dari bas di Hospital Besar KL. Jalan beberapa langkah, terkejut balak tengok longkang yang tidak ditutup 'macam mulut naga terngaga luas menunggu mangsa'. Saya sendiri hampir terjatuh, tapi dalam terkejut tu, saya masih teruskan langkah sambil mengelak longkang itu dengan hati yang berat. Takkan saya nak buat macam tak peduli je? kalau ada orang yang jatuh tu,parah lah juga. Jadi saya terus toleh ke belakang, tak sempat saya nak tegur, seorang gadis terjatuh ke dalam longkang itu. Ngeri cara dia jatuh tu, sebab haih...entahlah..saya tak tahu macam mana nak explain.

Terus saya lari ke arah longkang berpuaka tu balik, dan papah dia. Bercalar sana sini, sambil duduk, dia macam menahan kesakitan. Tanya dia, nak saya hantar pi hospital tak? Dia tak jawab, cuma menggeleng kepala sambil memegang kaki dan pinggang dia. Lepas saya bagi tisu untuk dia lapkan kesan luka itu, dia bangun dan ckp Thank you sambil tersenyum sikit. Lepas itu, dia terus beredar tapi dengan langkah yang perlahan.

Hati ini bercakap, "mai kita cari je apa apa benda yang boleh menghalang dari orang ke / binatang ke dari terjatuh lagi ke dalam longkang tersebut." Tapi..kayu pun takde, Batu besar pun takde, jadi saya jalan terus menuju ke lampu trafik berdekatan, AAAHHH...ada nampak palang JKR besar punya...cantek! Saya minta tolong seorang kakak yang kebetulan sedang lalu di situ untuk sama sama "mengangkut" palang itu. Rasa jauh pula bila mengangkat palang yang boleh dikatakan berat jugaklah dari lampu trafik ke perhentian bas Hospital Besar KL.

Lepas meletakkan palang itu, baru rasa lega. Tiba tiba, ada seorang lelaki "spans berhanyut" bertanya ..kenapa ada orang jatuh ke? Saya dan kakak tu jawab ya. Spans berhanyut itu boleh cakap "patutlah jatuh, sebab patut jalan ke arah jalan raya bukan jalan kat tepi tu" . kakak itu, dah mula tunjuk muka tak puas hati, saya rasa nak je jawab balik..Tapi ahhh..biarlah span berhanyut tu belum kena belum tahu...

yang pasti, pihak yang berkenaan patut bertanggungjawab dan bukan membiarkan saja benda ini...soalannya SAMPAI BILA palang itu akan berada di sana? Pihak JKR pun tak terfikir ke siapa yang telah 'mengambil' palang mereka pagi itu? PELIK tapi benar. hari ini dah Khamis (27/1/11), kenapa takde pihak yang nak bertanggungjawab? SAMPAI BILA?

2 comments:

Anonymous said...

That's dangerous weh! Ppl may get killed due to the inconvenience.

Devi da Lil' DeviL said...

yeah...scary wei...hope the authority will do something bout it ASAP.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...