Friday, September 30, 2011

HARI MERDEKA 2011 celebration

hye semua! sori sebab posting pasal Hari Merdeka & sambutan Hari Malaysia selanjutnya dari SINI mengambil masa yang agak lama untuk akhirnya diuploadkan. Bukan apa tapi sebab bulan Kemerdekaan lazimnya tamat pada hari ini. Hari ini kan 30hb Sep. Tapi di jiwa jangan ok? Hujung bulan biasanya penuh dengan dugaan dan cabaran untuk saya. Kenapa? sebab ia banyak menandakan hari terakhir untuk peraduan /contest..gulp! Saya jenis yang tak suka paksa diri untuk join contest sebab kalau takde inspirasi, saya memang takkan usik kertas dan pena mahupun borang peraduan. Tapi yang pasti, inspirasi datang bergolek pada waktu orang lain sedang tidur dengan nyenyak. Selang due tiga hari sebelum ini memang tidur lambat atas 'dedikasi' untuk menyiapkan segala contest yang terbelangkai. Oppss...lari pulak topik hari ini. orait nak cakap pasal Sambutan hari Merdeka dan MALAYSIA pada 16 sept yang lepas. 

Saya dan Joshua naik LRT pagi tu sebab kebanyakan jalan memang ditutup sempena perarakkan. Dari dalam LRT, jalan kat luar tu nampak sesak dengan orang ramai. Sesampai je di Masjid Jamek, ternampak maskot Upin dan Ipin. Mak ai, besarnya kepala? Lepas tu, ada perarakan dari pasukan tentera darat dan udara. Cun giler bila jet pesawat meluncur laju di udara. Suasana di dataran merdeka penuh meriah dan ceria dengan macam macam ragam manusia. Tapi memang pagi itu, saya rasa sungguh teruja dan yang pasti ia benar benar mencetus jiwa kemerdekaan di dalam diriku. 
Penuh sesak..pandangan atas dari dalam LRT menuju ke stesen Masjid Jamek
Mak ai..besarnya kepala maskot
penari traditional
belon yang dilepaskan dan mewarnai langit dengan cantiknya
uncle yang datang dengan semangat patriotiknya
chomel ! siap posing bila diajukan kamera :)
cantik!
siapa nak beli?
bergambar dengan askar negara
ini mcm budak dari group K-POP hehehe
barisan POS malaysia dengan kostum angkasa lepas..sempoi!

mari beli barangan Malaysia

Selain daripada persembahan mantap oleh pelajar & penari tradisional, saya juga mendapat peluang untuk bergambar serta chit chat jap dengan penggiat seni terkenal tanahair...sungguh peramah, masih bergaya serta mantap dengan keunggulannya.. TAN sri Jins Samsuddin...heheheehe baru hari itu, saya bercerita dengan famili di Muzium Negara mengenai filem beliau yang masih menjadi ingatan di minda. Dialog ini pasti saya takkan lupa "BUKIT KEPONG menjadi tanah kubur kami!" 

hehe//bersama Tan Sri Jins samsudin!


Sempat juga bergambar dengan pengacara serba boleh yang fasih dalam 6 bahasa ..siapa tak kenal..Datuk Mahadzir Lokman. tak putus putus dengan senyuman. :P

Pengacara versatil, Datuk Mahadzir Lokman


Yang pasti, tahun depan saya nak pergi lagi..kemeriahan serta suasana sebenar di dataran memang amat berbeza dengan menonton di kaca tv. Jom datang beramai ramai tahun depan!Pastikan diri anda disematkan dengan jiwa kemerdekaan!

Sunday, September 25, 2011

Rumah Terbuka Maggi at Saloma Bistro

Rumah Terbuka Maggi merupakan rumah terbuka yang pertama dan kemungkinan yang terakhir saya hadiri untuk tahun 2011. Tahun ini sambutan raya agak kureng sikit bagi saya mungkin sebab Hari Kemerdekaan mengaburi aura raya dengan jayanya..ahaks..takdelah..ada juga jemputan di sana sini, tapi setiap minggu sibuk serta tak berkesempatan untuk pergi. 

Apa pun, saya sangat seronok dengan Rumah terbuka Maggi yang berlangsung di Saloma Bistro semalam (24/9/11). Sebab utama adalah kerana berpeluang beramah mesra dengan kanak-kanak dari beberapa rumah kebajikan di Selangor. Sebilangan kanak kanak yang hadir sama ada yatim piatu atau dari keluarga kurang mampu. Sayu juga dengan cerita mereka tapi apakan daya, diharap mereka akan cekal mengharungi hidup dan doakan mereka menjadi insan yang berjaya bila besar nanti. Tapi yang pasti, mereka memang sungguh peramah, chomel dan petah bercakap. Rasa macam jumpa kawan sekolah lama 'only younger'. kekeke...
Rumah terbuka Maggi
Saloma Bistro dan Malaysia Tourism Centre
kanak kanak bermain congkak
 Suara mereka sungguh merdu. :)
Sambil menunggu majlis untuk bermula, mereka bermain congkak, batu seremban dan bola lantun
Chomel betul mereka ni, siap pandai posing lagi. :)
Cuma alangkah baik jika majlis dapat bermula lebih awal kerana agenda tertera dari 10am-2pm, tapi hampir pukul 1230pm lepas tetamu VIP hadir (kot) baru majlis bermula. Kesian budak budak tu, sebab mereka kata dah lapar menunggu dari pukul 10am dan tak bersarapan lagi. 
:) :)
Sebab best yang lain adalah kerana saya juga dapat berjumpa dengan kaki contest yg lain mcm Yus Eda (finally dpt jumpa face to face), Hidayat, Badiuz  & Yusrizam. Makanan yang dihidangkan pun sedap juga terutamanya rendang ayam, satay, ketupat & lemang.

Majlis juga diserikan dengan nyanyian nasyid oleh kanak kanak serta acara tarian tradisional. Masa kami semua (kaki contest duduk semeja) nak berangkat pulang, pengacara majlis mengumumkan ada pertandingan mengikat sampin. Nak 5 pasangan naik ke pentas. Hidayat dah berkobar kobar nak naik, tapi takkan Badiuz pula jadi pasangannya. Apa lagi, saya pun naik lah...hahaha...macam pandai ikat sampin. :P Hidayat kata dia pandai, so belasah jelah. for fun, why not, kan? Naik atas pentas, mak oi, pasangan lain laju je. walaupun dapat 'mengikat' sampin bunga dengan 'jayanya', tapi kami mungkin yang terakhir untuk siapkan ikatan tersebut. takpe janji kita sporting. :) 
hahaa...acara mengikat sampin..
Yus Eda dan suami serta Hidayat.
2 of the boys..
 
Pulang dengan goodie bag yang diberikan untuk semua para jemputan. 
Banyaknye  maggi...
Maggi mee memang menjadi makanan asas bagi saya terutamanya semasa belajar di Universiti dulu. :)  Terima kasih Maggi untuk jemputan khas ini. Jemput lagi tahun depan yea :P

Saturday, September 24, 2011

Pustaka Peringatan P.Ramlee

Ahad yang lepas, saya mengambil peluang untuk melawat Pustaka Peringatan P.Ramlee yang terletak di Setapak.Sebenarnya dah lama ada niat di hati nak melawat Pustaka tu, tapi ada je aral yang melintang. Memandangkan bulan September ini merupakan bulan kemerdekaan dan juga sempena memperingati sejarah serta seniman /perajurit tanahair, saya pun ke sana . Sesampainya di sana, rasa macam sunyi je. maklumlah semua orang masih sibuk mengunjungi rumah terbuka. Tapi pintu gerbang terbuka luas dengan bendera Malaysia menghiasi sekelilingnya.
RUmah peninggalan P Ramlee yang kini telah dibaikpulihkan sebagai Pusat Peringatannya..
 Dah jadi hak milik Arkib Negara Malaysia rupanya. Aahhh...siapa tak kenal P.Ramlee. sampai sekarang lakonannya masih menjadi pujaan di hatiku..:)
marilah datang beramai ramai ke sini
 Bagi generasi sekarang yang tak mungkin kenal siapa seniman teragung ini, mai rujuk kat Wikipedia, kalau tak ajak datuk nenek mak atau ayah layan cerita lakonan P.ramlee. Ada yang lucu sesangat dan tak lupa yang menyayat hati juga.

Halaman Pustaka ini terdapat kerusi meja konkrit yang memaparkan semua tajuk filem serta lagu hasil seniman berbakat lagi kreatif ini.
terkejut juga bila saya melihat tajuk lagu dan filemnya...banyaknyeeee
Dah jadi warisan kebangsaan. bagus tu.
Terdapat juga kereta peninggalan P.Ramlee yang bernombor plat BAD 3608. macam tajuk lagu Micheal Jackson's  BAD!..:)



Kereta P.ramlee..who's BAD?
Malangnya tak boleh ambil gambar kat dalam, jadi sesiapa yang nak tahu apa yang dipamerkan kat dalam kenalah datang ke sini dan lihat sendiri. Macam macam adaa... masuk percuma siap ada waktu lawatan lagi. tapi tutup Hari Isnin (kecuali cuti am dan cuti sekolah) nak mengelak Monday Blues la tu.

Kedengaran lagu shadu suara Allahyarham P ramlee. Getaran Jiwa...pergh..nostalgia betul lah. meremang bulu roma. suasana pun tenang je.
Standee Allahyarham bersama isteri tercinta, Saloma.
Yang paling best bila saya melihat poskad serta kandungan surat di antara Allahyarham P.Ramlee dengan isteri tercinta, Saloma, juga seorang penyanyi dan pelakon yang berbakat. Romantiknya surat Saloma. siap dalam tulisan bahasa Inggeris lagi. Gambar-gambar lama, baju serta props yang pernah mereka pakai ada dipamerkan di situ. Vogue betul! Tapi memang bestlah, bila baca biodata serta hasil tulisan lama mereka. Memori indah sebegini memang patut disimpan kerana ia pasti menjadi kenangan yang indah dan berharga suatu hari nanti.

ini ruang depan..tu je yang boleh snap. kalau masuk dalam tak boleh snap lagi. kena tengok dengan mata sendiri je
Jadi sebelum balik, untuk menyokong penggiat seni yang pernah menaikkan nama Malaysia serta takkan mungkin dapat dicarikan pengganti, kami pun telah membeli koleksi lagu CD, keychain serta poskad (saya kan peminat poskad--hehehe).
harga pun berpatutan, RM2 untuk poskad, RM5 keychain dan RM12 cd. :)
Jadi kalau sesiapa yang berminat, silalah berkunjung ke sana. Alamat penuh:
22 Jalan Dedap, Taman P.Ramlee, KL
(area Setapak/Jalan Genting Klang)

jom layan lagu P.ramlee...:)

Friday, September 23, 2011

IPAD2

So just few days ago, one of the prize that i won got stolen went missing. Sad case. but then i realized happy thoughts will lead to happier things so I pledged to myself, I dont want to sulk over this kinda thing. even tho its a small gift, but i always appreciate it coz i know its not easy to get it. I meant, c'mon, even if u have all the money in the world, but u cant buy it, coz its a competition, u need to win them..lol..okay mind my crappyness, earlier post I mentioned that I went to Naza KIA right? so check out what happened?
presenting my latest gadget that i have given a name to it...Lil' DAPPY ! muahahaha...u probably wonder why DAPPY? figure it yourself if u try to flip over the IPAD. hahaa...
Its my latest gadget..hehehe. with Ms Hasniza (PIC of Naza Kia)
Shipment from KOREA
fresh
slim, faster and its white..thank god its not BLACK!
So yeah i just won myself an IPAD2...woahhhhh..kkeekekek
 It's white, slim, faster and yeah menggodakan...:) And everyone guessed it was a car. well..who knows? happy thoughts running wild..dream lil D. dream!
Lil' DAPPY! woahhh


SO thank you KIA MOTORS /NAZA KIA for the awesome prize!

Naza Kia Office

This morning, i received a cool sms. Your prize is now ready for collection. Yes! Actually i've known about the result since few weeks ago, but since the shipping will be from Korea, so gotta wait like ages.Their office are located close to mine, so without wasting my time, took time-off and head to Jln Kampung Baru. After reaching Naza Kia Building, i went in and cant wait to receive my white, slim and grips with seduction prize. what is it? jeng jeng jeng...
The reception area
Finally reached the destination

Saturday, September 17, 2011

Sambutan Hari Merdeka & Hari Malaysia 2011

Bila saya kata saya bersemangat kemerdekaan baru baru ini, saya betul betul maksudkannya.
Kami bangga menjadi Anak Malaysia...kan saya dah kata..semangat kemerdekaan tahap maksimum
Aaahhh.. Jadi selepas 32 tahun bergelar anak Malaysia di bumi yang indah ini, saya dengan pertama kalinya menyahut sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 & Hari Malaysia ke 48 yang berlangsung di Dataran Merdeka pagi tadi.
Bangunan Sultan Ahmad Samad yang tersergam indah dengan bendera Jalur Gemilang
Dengan semangat yang berkobar-kobar, laungan Merdeka yang berkumandang di udara, ukiran bendera Malaysia yang indah lagi perkasa, dikelilingi setiap jiwa yang teruja, saya kini dengan bangganya (chewah) dapat berkata bahawa saya pernah menjejakkan kaki di Dataran Merdeka dan melihatnya sendiri perarakan serta keadaan di situ yang amat mengujakan, gilang gemilang dan penuh kewarnaan!

Dari bangku sekolah lagi, saya hanya menonton siaran langsung di kaca tv dan semenjak bekerja, sama ada saya di perantauan atau pulang ke kampung halaman untuk bercuti...hrmm mungkin juga sebab tiada pemangkin inspirasi untuk melihat perarakan. sungguh memalukan betul..:P  Tapi, tarikh 16 September 2011 ini pasti menjadi satu kenangan bersejarah yang indah bagi saya. Dengan murid murid sekolah yang tersenyum lebar sambil mempersembahkan tarian yang bersemangat, para cikgu, pemimpin, penggiat seni, tentera darat, askar dan sebagainya tampil dengan gayanya di pagi tersebut. Ini "sneak peek" je gambar untuk blogpost kali ini. Gambar-gambar lain akan muncul dalam blogpost akan datang..:)
Bersemangat betul budak ini. :)
gadis orang putih yang ayu dengan baju kebayanya..seronok betul.
Persediaan untuk melintasi jalan bagi mengiringi tetamu terhormat-duta duta antarabangsa
gadis-gadis ayu dengan pakaian tradisi dari Sabah & Sarawak.
It's all good! hehehe..siapa boleh suruh saya masukkan gambar dalam FACEBOOK!
Saya bangga bukan sebab apa yang ada sekarang tetapi dengan apa yang berlaku semalam. Perajurit-perajurit kita yang terkorban demi untuk negara, bangsa dan agama. Saya rasa baru sekarang saya betul-betul faham kenapa warga emas mempunyai semangat yang tinggi terhadap kemerdekaan. Patutlah bagaimana kebanyakkan dari mereka yang pernah melalui medan peperangan semasa komunis menjajah tanahair kita dulu masih dapat menitiskan airmata mengenangkan peristiwa hitam yang pernah menghiris sejarah hidup mereka.
Okay cakap pasal tu, saya sempat terserempak dan mengambil gambar bersama salah seorang penggiat seni terkenal yang masih segak dan berkarisma. cuba teka siapa?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...