Sunday, September 25, 2011

Rumah Terbuka Maggi at Saloma Bistro

Rumah Terbuka Maggi merupakan rumah terbuka yang pertama dan kemungkinan yang terakhir saya hadiri untuk tahun 2011. Tahun ini sambutan raya agak kureng sikit bagi saya mungkin sebab Hari Kemerdekaan mengaburi aura raya dengan jayanya..ahaks..takdelah..ada juga jemputan di sana sini, tapi setiap minggu sibuk serta tak berkesempatan untuk pergi. 

Apa pun, saya sangat seronok dengan Rumah terbuka Maggi yang berlangsung di Saloma Bistro semalam (24/9/11). Sebab utama adalah kerana berpeluang beramah mesra dengan kanak-kanak dari beberapa rumah kebajikan di Selangor. Sebilangan kanak kanak yang hadir sama ada yatim piatu atau dari keluarga kurang mampu. Sayu juga dengan cerita mereka tapi apakan daya, diharap mereka akan cekal mengharungi hidup dan doakan mereka menjadi insan yang berjaya bila besar nanti. Tapi yang pasti, mereka memang sungguh peramah, chomel dan petah bercakap. Rasa macam jumpa kawan sekolah lama 'only younger'. kekeke...
Rumah terbuka Maggi
Saloma Bistro dan Malaysia Tourism Centre
kanak kanak bermain congkak
 Suara mereka sungguh merdu. :)
Sambil menunggu majlis untuk bermula, mereka bermain congkak, batu seremban dan bola lantun
Chomel betul mereka ni, siap pandai posing lagi. :)
Cuma alangkah baik jika majlis dapat bermula lebih awal kerana agenda tertera dari 10am-2pm, tapi hampir pukul 1230pm lepas tetamu VIP hadir (kot) baru majlis bermula. Kesian budak budak tu, sebab mereka kata dah lapar menunggu dari pukul 10am dan tak bersarapan lagi. 
:) :)
Sebab best yang lain adalah kerana saya juga dapat berjumpa dengan kaki contest yg lain mcm Yus Eda (finally dpt jumpa face to face), Hidayat, Badiuz  & Yusrizam. Makanan yang dihidangkan pun sedap juga terutamanya rendang ayam, satay, ketupat & lemang.

Majlis juga diserikan dengan nyanyian nasyid oleh kanak kanak serta acara tarian tradisional. Masa kami semua (kaki contest duduk semeja) nak berangkat pulang, pengacara majlis mengumumkan ada pertandingan mengikat sampin. Nak 5 pasangan naik ke pentas. Hidayat dah berkobar kobar nak naik, tapi takkan Badiuz pula jadi pasangannya. Apa lagi, saya pun naik lah...hahaha...macam pandai ikat sampin. :P Hidayat kata dia pandai, so belasah jelah. for fun, why not, kan? Naik atas pentas, mak oi, pasangan lain laju je. walaupun dapat 'mengikat' sampin bunga dengan 'jayanya', tapi kami mungkin yang terakhir untuk siapkan ikatan tersebut. takpe janji kita sporting. :) 
hahaa...acara mengikat sampin..
Yus Eda dan suami serta Hidayat.
2 of the boys..
 
Pulang dengan goodie bag yang diberikan untuk semua para jemputan. 
Banyaknye  maggi...
Maggi mee memang menjadi makanan asas bagi saya terutamanya semasa belajar di Universiti dulu. :)  Terima kasih Maggi untuk jemputan khas ini. Jemput lagi tahun depan yea :P

6 comments:

Wansteddy Tales said...

Beshnyaaaa...! Part besh dpt jumpa member pro comper tu. Wan mmg xberapa nk join cntest pergi event sbb tahu dah mesti ada problem nk attend haha... tp mmg tingin gak nk gathering jumpa kawan2 yg slama ni kenal online je :)

AyuArjuna BiGoshh said...

i miss this event sbb adek i kahwin...anyway uoll nampak sangat fun.... :) :)

Devi da Lil' DeviL said...

hi wan

yup.memang best.kebetulan dapat jumpa dengan geng comper yang lain. ini pun nasib baik kebetulan devi free minggu ni. kalau tak mungkin tak dpt pergi juga.

hi ayu

tulah, dengar khabar dari badiuz, u pun dpt jemputan tu tapi kena pergi ke penang kan?

mama yusra said...

he,he...terselit sudah my pic kt blog u! mmng hepi sgt dpt jmpa sbb dr awal mmmng x tau u pun dtg..anyway, really nice dpt jmpa u! :)

Devi da Lil' DeviL said...

jumpa jua kita akhirnya,..chewah..haha. yup it was nice meeting u too yus. lain kali kita jumpa lagi..nak gosip pasal contest lagi..heheee

Mahamahu said...

Ohhh ada ker di majlis rumah terbuka maggi tahun 2011 tak perasan sorry lambat comment.. huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...