Friday, September 30, 2011

HARI MERDEKA 2011 celebration

hye semua! sori sebab posting pasal Hari Merdeka & sambutan Hari Malaysia selanjutnya dari SINI mengambil masa yang agak lama untuk akhirnya diuploadkan. Bukan apa tapi sebab bulan Kemerdekaan lazimnya tamat pada hari ini. Hari ini kan 30hb Sep. Tapi di jiwa jangan ok? Hujung bulan biasanya penuh dengan dugaan dan cabaran untuk saya. Kenapa? sebab ia banyak menandakan hari terakhir untuk peraduan /contest..gulp! Saya jenis yang tak suka paksa diri untuk join contest sebab kalau takde inspirasi, saya memang takkan usik kertas dan pena mahupun borang peraduan. Tapi yang pasti, inspirasi datang bergolek pada waktu orang lain sedang tidur dengan nyenyak. Selang due tiga hari sebelum ini memang tidur lambat atas 'dedikasi' untuk menyiapkan segala contest yang terbelangkai. Oppss...lari pulak topik hari ini. orait nak cakap pasal Sambutan hari Merdeka dan MALAYSIA pada 16 sept yang lepas. 

Saya dan Joshua naik LRT pagi tu sebab kebanyakan jalan memang ditutup sempena perarakkan. Dari dalam LRT, jalan kat luar tu nampak sesak dengan orang ramai. Sesampai je di Masjid Jamek, ternampak maskot Upin dan Ipin. Mak ai, besarnya kepala? Lepas tu, ada perarakan dari pasukan tentera darat dan udara. Cun giler bila jet pesawat meluncur laju di udara. Suasana di dataran merdeka penuh meriah dan ceria dengan macam macam ragam manusia. Tapi memang pagi itu, saya rasa sungguh teruja dan yang pasti ia benar benar mencetus jiwa kemerdekaan di dalam diriku. 
Penuh sesak..pandangan atas dari dalam LRT menuju ke stesen Masjid Jamek
Mak ai..besarnya kepala maskot
penari traditional
belon yang dilepaskan dan mewarnai langit dengan cantiknya
uncle yang datang dengan semangat patriotiknya
chomel ! siap posing bila diajukan kamera :)
cantik!
siapa nak beli?
bergambar dengan askar negara
ini mcm budak dari group K-POP hehehe
barisan POS malaysia dengan kostum angkasa lepas..sempoi!

mari beli barangan Malaysia

Selain daripada persembahan mantap oleh pelajar & penari tradisional, saya juga mendapat peluang untuk bergambar serta chit chat jap dengan penggiat seni terkenal tanahair...sungguh peramah, masih bergaya serta mantap dengan keunggulannya.. TAN sri Jins Samsuddin...heheheehe baru hari itu, saya bercerita dengan famili di Muzium Negara mengenai filem beliau yang masih menjadi ingatan di minda. Dialog ini pasti saya takkan lupa "BUKIT KEPONG menjadi tanah kubur kami!" 

hehe//bersama Tan Sri Jins samsudin!


Sempat juga bergambar dengan pengacara serba boleh yang fasih dalam 6 bahasa ..siapa tak kenal..Datuk Mahadzir Lokman. tak putus putus dengan senyuman. :P

Pengacara versatil, Datuk Mahadzir Lokman


Yang pasti, tahun depan saya nak pergi lagi..kemeriahan serta suasana sebenar di dataran memang amat berbeza dengan menonton di kaca tv. Jom datang beramai ramai tahun depan!Pastikan diri anda disematkan dengan jiwa kemerdekaan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...