Bila saya kata saya bersemangat kemerdekaan baru baru ini, saya betul betul maksudkannya.
|
Kami bangga menjadi Anak Malaysia...kan saya dah kata..semangat kemerdekaan tahap maksimum |
Aaahhh.. Jadi selepas 32 tahun bergelar anak Malaysia di bumi yang indah ini, saya dengan pertama kalinya menyahut sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 & Hari Malaysia ke 48 yang berlangsung di Dataran Merdeka pagi tadi.
|
Bangunan Sultan Ahmad Samad yang tersergam indah dengan bendera Jalur Gemilang |
Dengan semangat yang berkobar-kobar, laungan Merdeka yang berkumandang di udara, ukiran bendera Malaysia yang indah lagi perkasa, dikelilingi setiap jiwa yang teruja, saya kini dengan bangganya (chewah) dapat berkata bahawa saya pernah menjejakkan kaki di Dataran Merdeka dan melihatnya sendiri perarakan serta keadaan di situ yang amat mengujakan, gilang gemilang dan penuh kewarnaan!
Dari bangku sekolah lagi, saya hanya menonton siaran langsung di kaca tv dan semenjak bekerja, sama ada saya di perantauan atau pulang ke kampung halaman untuk bercuti...hrmm mungkin juga sebab tiada pemangkin inspirasi untuk melihat perarakan. sungguh memalukan betul..:P Tapi, tarikh 16 September 2011 ini pasti menjadi satu kenangan bersejarah yang indah bagi saya. Dengan murid murid sekolah yang tersenyum lebar sambil mempersembahkan tarian yang bersemangat, para cikgu, pemimpin, penggiat seni, tentera darat, askar dan sebagainya tampil dengan gayanya di pagi tersebut. Ini "sneak peek" je gambar untuk blogpost kali ini. Gambar-gambar lain akan muncul dalam blogpost akan datang..:)
|
Bersemangat betul budak ini. :) |
|
gadis orang putih yang ayu dengan baju kebayanya..seronok betul. |
|
Persediaan untuk melintasi jalan bagi mengiringi tetamu terhormat-duta duta antarabangsa |
|
gadis-gadis ayu dengan pakaian tradisi dari Sabah & Sarawak. |
|
It's all good! hehehe..siapa boleh suruh saya masukkan gambar dalam FACEBOOK! |
Saya bangga bukan sebab apa yang ada sekarang tetapi dengan apa yang berlaku semalam. Perajurit-perajurit kita yang terkorban demi untuk negara, bangsa dan agama. Saya rasa baru sekarang saya betul-betul faham kenapa warga emas mempunyai semangat yang tinggi terhadap kemerdekaan. Patutlah bagaimana kebanyakkan dari mereka yang pernah melalui medan peperangan semasa komunis menjajah tanahair kita dulu masih dapat menitiskan airmata mengenangkan peristiwa hitam yang pernah menghiris sejarah hidup mereka.
Okay cakap pasal tu, saya sempat terserempak dan mengambil gambar bersama salah seorang penggiat seni terkenal yang masih segak dan berkarisma. cuba teka siapa?
No comments:
Post a Comment