Ahad yang lepas, saya mengambil peluang untuk melawat Pustaka Peringatan P.Ramlee yang terletak di Setapak.Sebenarnya dah lama ada niat di hati nak melawat Pustaka tu, tapi ada je aral yang melintang. Memandangkan bulan September ini merupakan bulan kemerdekaan dan juga sempena memperingati sejarah serta seniman /perajurit tanahair, saya pun ke sana . Sesampainya di sana, rasa macam sunyi je. maklumlah semua orang masih sibuk mengunjungi rumah terbuka. Tapi pintu gerbang terbuka luas dengan bendera Malaysia menghiasi sekelilingnya.
RUmah peninggalan P Ramlee yang kini telah dibaikpulihkan sebagai Pusat Peringatannya.. |
Dah jadi hak milik Arkib Negara Malaysia rupanya. Aahhh...siapa tak kenal P.Ramlee. sampai sekarang lakonannya masih menjadi pujaan di hatiku..:)
marilah datang beramai ramai ke sini |
Bagi generasi sekarang yang tak mungkin kenal siapa seniman teragung ini, mai rujuk kat Wikipedia, kalau tak ajak datuk nenek mak atau ayah layan cerita lakonan P.ramlee. Ada yang lucu sesangat dan tak lupa yang menyayat hati juga.
Halaman Pustaka ini terdapat kerusi meja konkrit yang memaparkan semua tajuk filem serta lagu hasil seniman berbakat lagi kreatif ini.
terkejut juga bila saya melihat tajuk lagu dan filemnya...banyaknyeeee |
Terdapat juga kereta peninggalan P.Ramlee yang bernombor plat BAD 3608. macam tajuk lagu Micheal Jackson's BAD!..:)
Kedengaran lagu shadu suara Allahyarham P ramlee. Getaran Jiwa...pergh..nostalgia betul lah. meremang bulu roma. suasana pun tenang je.
Standee Allahyarham bersama isteri tercinta, Saloma. |
Yang paling best bila saya melihat poskad serta kandungan surat di antara Allahyarham P.Ramlee dengan isteri tercinta, Saloma, juga seorang penyanyi dan pelakon yang berbakat. Romantiknya surat Saloma. siap dalam tulisan bahasa Inggeris lagi. Gambar-gambar lama, baju serta props yang pernah mereka pakai ada dipamerkan di situ. Vogue betul! Tapi memang bestlah, bila baca biodata serta hasil tulisan lama mereka. Memori indah sebegini memang patut disimpan kerana ia pasti menjadi kenangan yang indah dan berharga suatu hari nanti.
ini ruang depan..tu je yang boleh snap. kalau masuk dalam tak boleh snap lagi. kena tengok dengan mata sendiri je |
Jadi sebelum balik, untuk menyokong penggiat seni yang pernah menaikkan nama Malaysia serta takkan mungkin dapat dicarikan pengganti, kami pun telah membeli koleksi lagu CD, keychain serta poskad (saya kan peminat poskad--hehehe).
harga pun berpatutan, RM2 untuk poskad, RM5 keychain dan RM12 cd. :) |
Jadi kalau sesiapa yang berminat, silalah berkunjung ke sana. Alamat penuh:
22 Jalan Dedap, Taman P.Ramlee, KL
(area Setapak/Jalan Genting Klang)
jom layan lagu P.ramlee...:)
2 comments:
wan duduk KL xpenah2 pergi sini. padahal dekat saja dgn opis lama n baru. tingin nak jengah n lawat sama :)
hi wan,
sebenarnya devi dah lama nak pergi tapi asyik sibuk serta lupa, finally lah first time lawat ni. jom cepat cepat pergi..mana tahu boleh dpt some inspirasi!
Post a Comment