Minggu lepas merupakan minggu yang telah menyemarakkan semangat patriotik dalam jiwa ku..Selain itu, ada juga peristiwa yang mengejutkan di mana ada rasa jantung ini hampir tercabut. hampir je okay. Okay bermula dari hari Sabtu yang berjerebu dengan kikisan hujan renyai membasahi bumi, sedang menghadap netbook sampai menunggu ayahanda serta ibunda tercinta untuk tiba di KL. Satu nak belanja buffet kat Prince Hotel, satu lagi nak bagi mereka bermalam di DoubleTree hotel. Terima Kasih Prince Hotel dan Double Tree Hotel by Hilton. Dah buat reservation dari minggu lepas lagi, jadi jam 830 malam macam tu, baru mereka sampai. Ok perut dah lapar, apa lagi, menjamu selera lah kami bertiga di medan selera, Eccucino dengan hidangan tempatan dari lauk ketam masak lemak, udang masala, itik & ayam panggang, satay, kambing masala, roti naan, roti canai, ikan berempah, ayam kampung ..panjang lagi senarai ni, so biar saya akhiri dengan manisan, salad dan buah-buahan. LOL.
|
Hidangan tempatan yang menyelerakan |
|
Roti naan yang dibuat khas untuk kami |
Adik saya, Anand join sekali tapi dia sampai jam pukul 10mlm..pukul 11mlm selesai sudah kekenyangan. :P
|
Jemput makan! :)
|
Masa untuk check-in Doubletree by Hilton. Nampak di raut wajah mereka yang gembira. Itu yang paling penting untuk saya.Lepas tu, Anand dan saya balik jam 2 pagi sebab borak dengan asyiknya tak ingat masa berlalu sungguh pantas.
|
pekerja Doubletree yang sibuk membersihkan lantai jam 2 pagi |
Keesokkan hari nya, kami semua termasuk Moly, Ronnie & isterinya Sree bercadang untuk bertemu. Kononnya nak pergi makan makan je. Bapa saya nak cuba nasi briyani jadi kita cuba makan di Restoran Briyani Thalaphakadu.
Memang best dan berbaloi terutamanya Briyani Ikan..terbaekkkk.. Lepas tu, entah siapa suggest nak buat lawatan ke Tugu Negara. Cadangan bagus tu, sebab saya rasa saya tak pernah buat lawatan ke sana lagi..hrmmm...mungkin ada tapi masa kecik. Tapi sebelum tu, kami singgah di A&W, nak beli hotdog, kononnya nak buat piknik kat sana..ahaks. sebenarnya nak menyertai peraduan .
Sesampainya di sana, ingat nak cari bendera malaysia sekali, tapi kedai berhampiran tak jual bendera dengan gula gula tu, jadi kami pun masuklah ke kawasan Tugu Negara. Korang tahu tak apa dan kenapa Tugu negara dibina? Dipetik dari wikipedia - Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. hahaaaa...meremang bulu roma bila menjejaki kawasan tu. Tiba tiba semangat patriotik berkobar kobar dalam jiwa ini. Kebanggan terhadap pejuang pejuang kita yang mati dengan penuh kehormatan. pergh...Bless those souls!
|
Tugu memperingati perajurit yang terkorban sewaktu medan peperangan |
|
Semangat patriotik berkobar kobar ni |
|
Bunga raya ku petik ..:) |
Selepas selesai sesi bergambar dan memperingati jasa perajurit-perajurit negara, tiba tiba saya menyedari dompet saya tiada dalam messenger bag. OOO ohhhhh...cengkaman panik pantas membuatkan saya terkejut balak jap. Fikir punya fikir, cari punya cari kawasan berhampiran Tugu negara, parking lot, gerai berhampiran gara gara nak beli bendera tadi..semua takde...ALAMAK! kat mana? lepas tu, i pikir dalam dalam sejenak, mungkin di A&W, tapi dalam minda ada fikiran negatif menular. Kalau dompet saya terjatuh selepas take away then kalau customer lain terjumpa...hish...terus my dad cakap kita pergi ke A&W BATu road tu masa tu jugak. Ronnie asyik ingatkan saya takpe ada CCTV..itu kalau betul tertinggal di A&W, cuba kalau terjatuh dari tangan saya sewaktu nak keluar dari sana, dahlah ramai orang lalu lalang kat Jalan yang berhampiran Globe Silk Store tu. Apa pun, perjalanan dari Tugu Negara ke Batu Road amat mendebarkan serta bercampur baur dengan pelbagai fikiran. Sesampainya di sana, terus bergegas ke dalam A&W dan bertanya staf senior, namanya En Salim. Ada terjumpa dompet kat kaunter tak? Senyap je reaksi dia. Lepas tu dengan slow motionnya, dia menggangguk. Cik Jannah (staf lagi satu) siap bergurau "Takde lah tak jumpa" dengan ketawa nakalnya tu. Fuh...terus rasa beep jantung dah kembali normal...ahaks! :) Memang jujur betul staf kat sana, terima kasih banyak banyak lah saya ucapkan kepada mereka siap beli float A&W besar punya...LOL. I dah hantar borang rekomen dan letak kat wall A&W, promote lah sikit staff kamu tu yea..:)
Dengan rasa kelegaan menusuk kalbu, my dad cakap nak pi lawat Muzium Negara pulak. chewah..mengimbas kembali nostalgia lama sewaktu kami semua masih di bangku sekolah. JOM!
|
Dah lama tak mengunjungi Muzium, jom masuk! |
|
Masuk je ada rumah lama/ iStana zaman dulu..suka rumah kayu mcm ni..teringat kat kampung |
|
Keretapi zaman dulu |
|
Kereta proton saga yang pertama |
|
Muzium Negara tersergam indah |
|
Cuaca yang agak nyaman...best..sambil menikmati keindahan portret |
Tema bulan ini, Khazanah Kapal Karam. Tiket masuk RM4 je untuk seorang, best lah gak terutamanya tingkat atas dengan pameran Zaman Penjajahan/ Kemerdekaan. Pelbagai artifak dan monumen serta bahan bahan sejarah yang dipamerkan di sana. Topik perbualan menjadikan kami semua terharu serta bersyukur dengan kecekalan pemimpin dan rakyat masa silam.
|
Ada juga mat salleh yang ke sana |
|
Bapa Kemerdekaan. MERDEKA..Tunku Abdul Rahman |
|
Ini Madrasah dari kampung halaman saya. fuh,..bangga! |
|
Macam-macam ada.. mini gerbang kat Kedah ni |
|
Khazanah Kapal Karam..tunggu apa lagi..jom singgah Muzium Negara |
Apa itu MERDEKA? ayat yang mungkin tidak memberi sebarang erti kepada generasi sekarang. MERDEKA pada ketika itu, bukan sahaja memberi kebebasan tetapi menyemarakkan semangat patriotik demi negara tercinta. Mungkin kini semua berubah, mana taknya, rakyat kadang kala disisihkan didahulukan masih menjadi MISTERI yang sering kali dipersoalkan. Apa pun, minggu lepas memang seronok bersama keluarga tercinta dengan aktiviti seperti ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia/Kemerdekaan terutama kepada pemimpin dan perajurit yang telah menentang habis-habisan dari bumi Malaysia dicemari oleh darah penjajah. Semoga rahmat mencucuri roh mereka dan keluarga mereka. :)
2 comments:
first time ayu ygk your big family...beshnya jejalan ngan family....banyak sbnrnya tempat yang besh di malaysia ni kan :)
oh ye ke? hehe..actually ada 2 lagi sis tak ikut sebab sorang kerja hari sabtu kat mentakab, sorang lagi ada klas kat kuantan.
yup memang best. tulah..sebenarnya..banyak lagi tempat besh kat malaysia ni, i love malaysia! hehe
Post a Comment