Showing posts with label maggi. Show all posts
Showing posts with label maggi. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Jom masak maggi bersama Awal, Scha and Lisa

Beberapa minggu lepas ada citer baik punya...hehehe..well every week pun citer baik kalau kita nakkan ia jadi baik, bukan begitu? Sebagai salah seorang pemenang dalam contest posing bersama maggi kari, selain hadiah hamper maggi saya juga berpeluang untuk menghadiri sesi memasak maggi bersama celebriti tempatan , Awal, Scha and Lisa. 

Yang bestnyer, Scha siap tegur dengan memanggil nama saya..chewah macam bff pulak..:P bukannya apa tapi sebab kami pernah join dalam satu team untuk contest Petronas beberapa bulan lepas. Dan Awal pula sempat tegur " eh asyik semua contest you join eh? " lepas tu pasangan gorjes ni siap suruh join contest terbaru boleh pi Korea under Sen heng..heheh..macam best pulak kalau dpt pi korea dengan dorang. sempoi jer..
With the friendly,  Scha
Anyway sesi memasak yang patut start pukul 2pm terlewat sikit sebab ada pemenang yang tak sampai lagi. Artis pula yang datang awal..best best! ehhe. Chef Muluk jadi pengacara majlis dengan jenaka - lawak ke der? Apa pun sesi memasak ni agak menarik dan mencemaskan. Pemenang dan blogger dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan kena masak dalam masa 2 minit sahaja dengan bahan 'rahsia' yang diberikan. Bahan 'rahsia' tu sebenarnya adalah terdiri daripada ayam, ikan, belut dan udang.  
sementara menunggu bahan 'rahsia' yang akan dimasak
Masih menunggu
Setiap kumpulan bergegas mengambil apa yang perlu dari meja untuk dimasak. Ada yang pakai apron pun tercabut. huhuh
Lisa menolong kami untuk memanaskan kuali
Scha as always -commited on what she does..and not forgetting her sense of humor .always keep everyone smiling
Ini pulak reaksi saya bila disuruh untuk masak dalam masa 2 minit dengan ayam dan bahan-bahan lain yang sewaktu dengannya. Hahah..dah lama tak masak, itu yang kaku jap..hahah..gambar candid diambik oleh staff maggi. lucu pulak.
errr...what's next?
Tapi dengan bantuan team member yang pandai memasak, so kerja pun jadi senang. Selalunya masak mee maggi letak perasa dan mee dalam air mendidih jer..tapi ini ada banyak pulak bahan-bahan yang ingin dipotong dan dihiris. Siap letak hirisan bunga kantan, cebisan ayam dan sayuran yang lain membuatkan maggi kami sedap dimakan! hehe
masak jangan tak masak.

Akhirnya siap sudah masakan kami...hrmmm baunya pun sedap! Lepas tu, kami pun hiaskan dengan 'merak' yang saya ukir dari terung :) 3 kumpulan yang lain pun finally siap dan hasilnya.jeng jeng jeng..
hrrrmmmm harum sekali!

ini kumpulan kami punya design.
Ini kumpulan Awal

Ini kumpulan dari Scha
Selepas tu, Chek Muluk mencuba semua masakan kami. So far..semua sedap. Actually takde contest pun, saje suka suka..semua pemenang. jadi lepas dah masak, apa lagi menjamu selera lerrr..

Awal suka masak tapi tak suka mengemas--Scha yang bocorkan rahsia..ehehe

Lisa explaining the special dish

Scha cakap dia dah lapar..nak makan boleh?

Bersama Lisa yang suruh duduk sebelah sebab nak chill ...dah letih memasak..huhuhu
Hasil pulangan..yeay! hari yang best. dapat masak dengan Lisa, Scha and Awal serta mencuba resepi baru. Seronok sekali! Terima kasih MAGGI!

Hadiah yang dibawa pulang..bersama signature dari Lisa, Scha, Awal dan Chef Muluk


Sunday, September 25, 2011

Rumah Terbuka Maggi at Saloma Bistro

Rumah Terbuka Maggi merupakan rumah terbuka yang pertama dan kemungkinan yang terakhir saya hadiri untuk tahun 2011. Tahun ini sambutan raya agak kureng sikit bagi saya mungkin sebab Hari Kemerdekaan mengaburi aura raya dengan jayanya..ahaks..takdelah..ada juga jemputan di sana sini, tapi setiap minggu sibuk serta tak berkesempatan untuk pergi. 

Apa pun, saya sangat seronok dengan Rumah terbuka Maggi yang berlangsung di Saloma Bistro semalam (24/9/11). Sebab utama adalah kerana berpeluang beramah mesra dengan kanak-kanak dari beberapa rumah kebajikan di Selangor. Sebilangan kanak kanak yang hadir sama ada yatim piatu atau dari keluarga kurang mampu. Sayu juga dengan cerita mereka tapi apakan daya, diharap mereka akan cekal mengharungi hidup dan doakan mereka menjadi insan yang berjaya bila besar nanti. Tapi yang pasti, mereka memang sungguh peramah, chomel dan petah bercakap. Rasa macam jumpa kawan sekolah lama 'only younger'. kekeke...
Rumah terbuka Maggi
Saloma Bistro dan Malaysia Tourism Centre
kanak kanak bermain congkak
 Suara mereka sungguh merdu. :)
Sambil menunggu majlis untuk bermula, mereka bermain congkak, batu seremban dan bola lantun
Chomel betul mereka ni, siap pandai posing lagi. :)
Cuma alangkah baik jika majlis dapat bermula lebih awal kerana agenda tertera dari 10am-2pm, tapi hampir pukul 1230pm lepas tetamu VIP hadir (kot) baru majlis bermula. Kesian budak budak tu, sebab mereka kata dah lapar menunggu dari pukul 10am dan tak bersarapan lagi. 
:) :)
Sebab best yang lain adalah kerana saya juga dapat berjumpa dengan kaki contest yg lain mcm Yus Eda (finally dpt jumpa face to face), Hidayat, Badiuz  & Yusrizam. Makanan yang dihidangkan pun sedap juga terutamanya rendang ayam, satay, ketupat & lemang.

Majlis juga diserikan dengan nyanyian nasyid oleh kanak kanak serta acara tarian tradisional. Masa kami semua (kaki contest duduk semeja) nak berangkat pulang, pengacara majlis mengumumkan ada pertandingan mengikat sampin. Nak 5 pasangan naik ke pentas. Hidayat dah berkobar kobar nak naik, tapi takkan Badiuz pula jadi pasangannya. Apa lagi, saya pun naik lah...hahaha...macam pandai ikat sampin. :P Hidayat kata dia pandai, so belasah jelah. for fun, why not, kan? Naik atas pentas, mak oi, pasangan lain laju je. walaupun dapat 'mengikat' sampin bunga dengan 'jayanya', tapi kami mungkin yang terakhir untuk siapkan ikatan tersebut. takpe janji kita sporting. :) 
hahaa...acara mengikat sampin..
Yus Eda dan suami serta Hidayat.
2 of the boys..
 
Pulang dengan goodie bag yang diberikan untuk semua para jemputan. 
Banyaknye  maggi...
Maggi mee memang menjadi makanan asas bagi saya terutamanya semasa belajar di Universiti dulu. :)  Terima kasih Maggi untuk jemputan khas ini. Jemput lagi tahun depan yea :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...