Psstt...nak citer sikit pasal apa yang terjadi kat Hapuku Lodge malam sebelumnya. (susulan cerita dari SINI) . okay..since bila kami sampai pun dah gelap, tak dpt nak lihat sgt sekeliling tempat ni. tahu apa terjadi malam itu? ...lepas berjacuzzi...terdengar bunyi..bunyi yang memecahkan hening kesunyian..nak tahu apa dia? haaaaa....bunyi muzik pelik dari IPOD..i memang terkejut balak sekejap..mana taknya..tinggal sorang sorang kat SUITE mewah paling hujung tingkat atas dengan sekeliling rumah bercermin..macam cerita seram jer..tapi jangan risau..since ada internet, layari sambil tertido..sempat tido 2/3 jam jer kot..sebab ada bunyi pelik lagi..kali ini, bila i selak langsir..mak ai...tak pernah i tengok rusa sebanyak ni..fuh..udara pun segar..siap nampak gunung bersalji...teruja!
|
rusa rupanya di pagi hari..nampak BAMBI tak? mcm karton disney pulak |
|
wah gunung bersalji! i tak kisah kalau dapat tinggal di sini selamanya, asalkan ada hutan, hijau dan udara segar serta gunung..i memang teruja! |
|
bangun pagi dengan keadaan mcm ni? best tak? |
Lepas bersiap, kami pun bersarapan dengan santapan pagi yang bukan sahaja diperbuat dari hasil tanaman sendiri malah semuanya organik..takde bahan kimia..honey madu dia best sungguh dengan waffle panas...Then kami sempat merakam untuk shootage program mytv3 jap kat suite mewah tersebut.
MAsa shooting tu, kami dah terlebih excited..sehingga tapak boot saya tercabut selepas nabila terpijak masa kami gelak besar punya pasal. Semalam DSLR terjatuh, lense terus rosak. hari ini haaaaa.....So benda happy kita kongsi bersama, benda sedih mcm ni kita jadikan bahan ketawa di kemudian hari serta sebagai ingatan. ketawa berpada-pada.jangan over sgt..huhuhu
|
dah..tapak boot terbelah mcm lidah buaya pulak...kekekee |
Habis jer berpacking, kami pun checked out dan meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya..nak tengok mamalia terbesar di dunia! haaaa..apa dia? IKAN PAUS! tetapi Cuaca mula mendung dan hujan renyai bila kami sampai di Whale Watch Kaikoura. mcm jeles jer sebab kami nak tengok dorang. Apa nak buat, ramalan cuaca memang dah confirm tak elok untuk kami turun ke laut. Apa pun, benda ni mungkin dapat dielak kalau agenda ditukar pada hari sebelumnya. tapi dah takder rezeki nak buat apa..tengok brochure Ikan paus jelah...kuang kuang kuang..tulah gelak banyak lagi.
Tapi jangan risau...Lisa, kapten kapal dari Whale Watch Kaikoura memberi cadangan untuk kami melihat seal pups (anak anjing laut) di Ohau Stream. So kalau korang datang kat Kaikoura, sempat tengok ikan paus atau macam kami yang terkilan tak dpt tengok, aahhh..mai sini untuk melihat satu lagi misteri alam. Yelah, biasanya anjing laut jumpa kat tepi laut tapi yang ini manja sikit sebab itu dapat jumpa dorang kat air terjun..tapi kat sini saja tau..so jangan lupa singgah sini.
|
baca dulu sebelum terjah |
|
ada terowong keretapi lagi. lepas 15 minit berjalan sambil melihat denai kecil sekeliling, akhirnya |
|
nampak tak ..tapi ganas seekor ni, bila kami nak ambil gambar, dia akan mengejar kami..huhuhu |
jom tengok video ni..bersuka ria mereka bermain di sini!
|
ini lah tempatnya..penuh dengan anjing laut dewasa tengah 'melepak' kat atas batu |
Lepas dah lihat benda 'pelik tapi benar' kami pun melepak di kawasan pantai OHAU STREAM sekejap..angin bayu dengan bisikan ombak menepis batu..pergh...sungguh nyaman dan menusuk kalbu.
|
sejuknya! berangin meniup niup kami hehehee |
|
kat sini pandu had laju 55km/j sahaja okay.. |
|
mata biru lagi..chomel betul org org new zealand. |
|
sempat kami singgah rumah Lisa..tapi malangnya takde kekosongan..huhu |
|
ada rumah pokok..apa lagi..minta kebenaran lepas tu terus panjat...yeahhh...sukaaaa! |
|
rasa macam batu di sini sebati dengan Adidas fluid trainer saya kan..hehee |
Tak sangka bila kami dibuai keindahan alam, hari dah hampir untuk makan tengah hari. Lepas makan tomyam yang tak sedap kami pun mulakan perjalanan untuk ke Christchurch semula. Check in hotel Heartland Hotel Costwold untuk kali kedua. Makan malam di restaurant berhampiran ala ala Perancis. St Germain Restaurant..order apa lagi..ikan salmon kegemaran..yummmm
|
siap ada bunga lagi..memang salmon kat sini TERBAIKKKK! |
okay setakat sini sahaja...kalau nak tahu apa lagi aktiviti yang akan kami terokai..tunggu coretan saya yang seterusnya...eh rasa nak makan salmon pulak sekarang...hish..