Showing posts with label new zealand. Show all posts
Showing posts with label new zealand. Show all posts

Sunday, December 6, 2015

New Zealand-Day 7 with Mytv3

Yo! apa khabar semua? hari ini nak cerita pasal sambugan 

So sempat tak korang tengok gelagat kami berdua di kaca tv Ahad lepas? Apa macam? Sempoi tak? Takde skrip tau..crew mytv3 memang terbaik..suruh kami be natural..so apa lagi..natural lak.kamera dah mcm kawan kami..Pada mulanya ayat memang tersasul, semua berterabur tapi sebab takde stress, ditambah dengan keajaiban persekitaran, kami mula berjinak jinak dengan kamera secara spontan..hehehe  Okay nak sambung hari ke 7 kami di bumi NZ. Hari ini kami akan melawati salah satu tempat yang amat indah dengan kehijauan serta alam semulajadi yang pastinya membuat kami terpukau dengan keasyikkan. Sebelum sampai ke destinasi seterusnya kami sempat singgah ke salah satu tasik tercantik dengan perasaan yang aman dan tenang 


nantikan album terbaru kami




So selepas sarapan pagi, kami bertolak ke Mount Cook dari Bandar Christchurch yang mengambil masa lebih kurang 2.5 jam. Setelah sampai di perkampungan Aoraki Mount Cook  (3,754 m dari aras laut), kami terus terpegun! Berdasarkan lagenda Kaum Maori, Aoraki (dikenali sebagai puncak tertinggi di NZ) merupakan seorang budak lelaki yang terkandas di dasar laut dengan perahunya, Te Waka a Aoraki. Aoraki dan abang-abangnya cuba untuk memanjat ke tebing yang lebih tinggi tetapi angin selatan yang sejuk telah membekukan mereka dan bertukar menjadi batu yang menghasilkan Banjaran Alps/Ka Tiritiri o te Moana. Pada tahun 1851, Captain JL Stokes yang berlayar ke arah Barat Daya menemui puncak tersebut dan menamakan ia sebagai Mount Cook, sempena memperingati Kapten James Cook. Itulah alkisahnya..
Okay sampai je kami di sana, kami terus makan tengah hari..pizaaaaa..
Tahu tak mana kami akan bermalam malam ini? The Hermitage Hotel! Hotel bertaraf 5 bintang yang terkenal sebagai pusat pelancongan semenjak 1884 (Qualmark for star plus and Enviro-gold rating) Tahu apa yang lebih menarik? Buka je langsir woaaahhhh terus Nampak puncak Mount Cook berdiri dengan megah dan tersergam indah! Selepas check in, kami pun berehat sambil menunggu untuk aktiviti seterusnya…aaahhh..cuba teka apa dia?




Bukan sahaja peluang keemasan ini banyak memberi saya pengalaman serta kenangan yang pasti menjadi salah satu detik indah dalam hidup saya, tapi banyak juga ilmu yang dapat saya belajar dari situ. Apa yang paling penting ialah saya memang enjoy tahap gaban di sana.

Jika ada salah dan silap, mohon maaf ya..10 hari mungkin singkat rasanya untuk mengenali sesuatu tempat mahupun orang tapi bila hati terbuka, keindahan alam hanya boleh dinikmati dengan kepuasan. Terima kasih!!! 

Friday, May 4, 2012

New Zealand-Day 6 with MYTv3

Psstt...nak citer sikit pasal apa yang terjadi kat Hapuku Lodge malam sebelumnya. (susulan cerita dari SINI) . okay..since bila kami sampai pun dah gelap, tak dpt nak lihat sgt sekeliling tempat ni. tahu apa terjadi malam itu? ...lepas berjacuzzi...terdengar bunyi..bunyi yang memecahkan hening kesunyian..nak tahu apa dia? haaaaa....bunyi muzik pelik dari IPOD..i memang terkejut balak sekejap..mana taknya..tinggal sorang sorang kat SUITE mewah paling hujung tingkat atas dengan sekeliling rumah bercermin..macam cerita seram jer..tapi jangan risau..since ada internet, layari sambil tertido..sempat tido 2/3 jam jer kot..sebab ada bunyi pelik lagi..kali ini, bila i selak langsir..mak ai...tak pernah i tengok rusa sebanyak ni..fuh..udara pun segar..siap nampak gunung bersalji...teruja!
rusa rupanya di pagi hari..nampak BAMBI tak? mcm karton disney pulak
wah gunung bersalji! i tak kisah kalau dapat tinggal di sini selamanya, asalkan ada hutan, hijau dan udara segar serta gunung..i memang teruja!



bangun pagi dengan keadaan mcm ni? best tak?


Lepas bersiap, kami pun bersarapan dengan santapan pagi yang bukan sahaja diperbuat dari hasil tanaman sendiri malah semuanya organik..takde bahan kimia..honey madu dia best sungguh dengan waffle panas...Then kami sempat merakam untuk shootage program mytv3 jap kat suite mewah tersebut.

MAsa shooting tu, kami dah terlebih excited..sehingga tapak boot saya tercabut selepas nabila terpijak masa kami gelak besar punya pasal. Semalam DSLR terjatuh, lense terus rosak. hari ini haaaaa.....So benda happy kita kongsi bersama, benda sedih mcm ni kita jadikan bahan ketawa di kemudian hari serta sebagai ingatan. ketawa berpada-pada.jangan over sgt..huhuhu


dah..tapak boot terbelah mcm lidah buaya pulak...kekekee
Habis jer berpacking, kami pun checked out dan meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya..nak tengok mamalia terbesar di dunia! haaaa..apa dia? IKAN PAUS! tetapi Cuaca mula mendung dan hujan renyai bila kami sampai di Whale Watch Kaikoura. mcm jeles jer sebab kami nak tengok dorang. Apa nak buat, ramalan cuaca memang dah confirm tak elok untuk kami turun ke laut. Apa pun, benda ni mungkin dapat dielak kalau agenda ditukar pada hari sebelumnya. tapi dah takder rezeki nak buat apa..tengok brochure Ikan paus jelah...kuang kuang kuang..tulah gelak banyak lagi.

Tapi jangan risau...Lisa, kapten kapal dari Whale Watch Kaikoura memberi cadangan untuk kami melihat seal pups (anak anjing laut) di Ohau Stream. So kalau korang datang kat Kaikoura, sempat tengok ikan paus atau macam kami yang terkilan tak dpt tengok, aahhh..mai sini untuk melihat satu lagi misteri alam. Yelah, biasanya anjing laut jumpa kat tepi laut tapi yang ini manja sikit sebab itu dapat jumpa dorang kat air terjun..tapi kat sini saja tau..so jangan lupa singgah sini.
baca dulu sebelum terjah
ada terowong keretapi lagi. lepas 15 minit berjalan sambil melihat denai kecil sekeliling, akhirnya
nampak tak ..tapi ganas seekor ni, bila kami nak ambil gambar, dia akan mengejar kami..huhuhu

jom tengok video ni..bersuka ria mereka bermain di sini!




ini lah tempatnya..penuh dengan anjing laut dewasa tengah 'melepak' kat atas batu
Lepas dah lihat benda 'pelik tapi benar' kami pun melepak di kawasan pantai OHAU STREAM sekejap..angin bayu dengan bisikan ombak menepis batu..pergh...sungguh nyaman dan menusuk kalbu.
sejuknya! berangin meniup niup kami hehehee
kat sini pandu had laju 55km/j sahaja okay..
mata biru lagi..chomel betul org org new zealand.

sempat kami singgah rumah Lisa..tapi malangnya takde kekosongan..huhu
ada rumah pokok..apa lagi..minta kebenaran lepas tu terus panjat...yeahhh...sukaaaa!

rasa macam batu di sini sebati dengan Adidas fluid trainer saya kan..hehee
Tak sangka bila kami dibuai keindahan alam, hari dah hampir untuk makan tengah hari. Lepas makan tomyam yang tak sedap kami pun mulakan perjalanan untuk ke Christchurch semula. Check in hotel Heartland Hotel Costwold untuk kali kedua. Makan malam di restaurant berhampiran ala ala Perancis. St Germain Restaurant..order apa lagi..ikan salmon kegemaran..yummmm
siap ada bunga lagi..memang salmon kat sini TERBAIKKKK!
 okay setakat sini sahaja...kalau nak tahu apa lagi aktiviti yang akan kami terokai..tunggu coretan saya yang seterusnya...eh rasa nak makan salmon pulak sekarang...hish..

Thursday, May 3, 2012

I'll be on Mytv3!

woots...this Sunday (6 May 2012) 530pm only on MYTV3 programme at TV3..guess who will be 'hosting" the show? yup the lil'devil that not ashamed to do some self-promotion..check it out..the promo teaser below: dont forget ya!
Ever since I was a little girl, I always wanted to be on tv a travel host..at least for 1 segment. So here i was, admiring the beauty of life in a magical place like New Zealand. Never knew that dreams do come true in its own mysterious way. Thank you MYtv3 & Christchurch & Canterburry Tourism for this golden opportunity. it still put a huge smile on my face reminiscing those moments. SWEEt! :)

Wednesday, April 25, 2012

New Zealand-Day 5 with MYTv3

Its Friday the 13th! takde perkara buruk yang serius berlaku tapi DSLR saya terjatuh ke lantai dan haih..lense rosak. huhuh...sedih pun ada tapi takpe sebab ada banyak kamera dalam trip ni. sesi bergambar memang tidak menjadi masalah.muahaha.
pokok-pokok di sini sungguh menakjubkan!
good morning! hari yg ceria..matahari menyinari tapi masih sejuk!
Hampir setiap hari kami melanggani wifi dengan NZ10 (24jam)sebab kebanyakkan kedai-kedai di sini tutup awal, pukul 6petang semua dah bergegas nak pulang kecuali restoran biasanya tutup lambat itupun bergantung..ada yang tutup pukul 930pm.. kalau nak selamat, kita beli snack sebelum itu buat bekalan makan tengah malam. Bukannya apa, kami jenis yang tido lewat tapi dah takder aktiviti luar yang boleh kami buat so internet jugaklah jadi teman sejati selain berborak penuh...:P Itu yang banyak ber'tweet dan upload gambar kat fb dan sempat jugak lah berblog live dari NZ...tak lupa join contest sana sini...

Ok jom cerita pasal hari ke 5 kami di sini pula. Pagi ini kami bersarapan di hotel. Buffet macam biasa american english breakfast..dah tak lalu makan pun ada bukan sebab tak sedap tapi terlalu berat di awal pagi..so i makan cereal dengan susu lembu segar...yummmm..orange juice jangan lupa. Cuaca hari ini sangat best dengan sinar cahaya matahari yang tak segan silu menonjolkan diri di sebalik cuaca sejuk yang nyaman dan segar.

Lepas check-out, kami meneruskan perjalanan ke KAIKOURA...bandar yang cukup sempurna bagi saya dengan keindahan semulajadinya seperti lukisan dan gambar di sebalik postcard...aahhh rindu pulak bila mengingati tempat ini. Selain cantik, bandar ini juga kaya dengan kehidupan laut seperti IKAN PAUS, anjing laut, ikan lumba lumba dan tak lupa seafood! Hampir setiap hari makan ikan salmon/dory, so hari ini ingat nak cuba makan crayfish (udang ala ala galah) pulak.   

Perjalanan hampir 2 jam itu membawa kami ke dunia baru dengan keindahan gunung-ganang dan laut yang banyak memberi inspirasi . Kami juga menyedari bahawa kawasan sekelilingi berubah dengan drastik bagi setiap daerah yang kami lalui. Dari rumput hijau ke rumput kering kekuningan ke banjaran gunung yang disaluti ais keputihan...Kami siap berhenti untuk ambik gambar dgn berlatar belakangkan kambing biri biri.
dari bukit bakau kehijauan ke...
kawasan penuh dengan kambing biri biri
macam jakun sikit sebab 1st time tengok sebanyak ni..

yeah...ada 40 juta kambing biri biri..penghuni NZ hanya 4 juta...hehee
Kami tiba di Kaikoura pada waktu tengah hari, dan agak kelam kabut sikit pada mulanya kerana aktiviti pertama sepatutnya untuk berjumpa dengan orang Maori tetapi ada sedikit perubahan jadi kami bergegas untuk makan tengah hari dulu.
KAIKOURA -kawasan yang popular dengan populasi ikan pausnya
 Kami ke Seafood BBQ dimana gerai van bergerak tersebut betul betul berhadapan dengan pantai macam kat Langkawi yang  jual cendol dan rojaklah.
jangan lupa singgah di sini untuk makan di tepi pantai. kesegaran terjaga
Tapi best part sini, tangkapan segar dari pantai terus dimasak untuk santapan. I pun order lah crayfish..rupa rupanya takde pulak..haih..kempunan sikit lah jugak. so order fish and chips jer yang ditelan dengan laju sebab Sheena cakap kami hanya ada 20 minit sebelum berjumpa dengan orang Maori tu. Sementara menunggu makanan kami siap kami sempat bergambar di tepi pantai..hehee
terima kasih MYTV3
yeah rock star lah konon!
mak ai..besarnya saiz fish n chips dia
Lepas makan (lebih kepada menelan..ahaks!), kami pun bergegas ke meeting point di Kaikoura visitor centre dan berjumpa dengan Morress dan Karen ( 2 orang yang sungguh peramah dan baik hati) dari Maori Tours Kaikoura . Proses menunggu bermula.
Faizal (producer), Aidid (pengacara/cameraman), Talha (cameraman), Nyet (Cameraman) dan Sheena (Christchurch & Canterburry Tourism personnel)
Kami diajar untuk menyelami dengan lebih dalam mengenai sejarah dan budaya masyarakat Maori. 'Lawatan sambil belajar' ini banyak membuka minda saya serta memberi pemahaman penuh mengenai cara hidup mereka secara rohani dan salsiah terhadap alam persekitaran. Nama saya dlm bahasa Maori ialah TORU. maksudnya <3 .
kami dibawa ke kawasan atas bukit di masa kesan peninggalan benteng semasa perang zaman dulu
tengah menghafal lagu MAORI
nampak tak bulu burung sebelah kiri tu, haa yg itu, saiz sebenar tau..hehee..joke jer
bersama Karen (Maori guide yang memang peramah) mengingatkan kepada arwah nenek saya..cara percakapan, iras wajahnya dan pelukan mesranya. :)

kami juga dijemput ke rumah Morres, isterinya (berdiri) sedang membuat sedikit penerangan mengenai budaya mereka


kawasan bersejarah orang Maori
cantik tak anyaman saya?

Saya rekomen kepada sesiapa yang datang ke Kaikoura, silalah ambik tour ni. Hampir 3 jam dimana kami di bawa ke tempat bersejarah kaum mereka, belajar menyanyi lagu dondang sayang mereka, menganyam dan cara menjemput tetamu yang dinamakan "hongi" bersalam tangan sambil merapatkan kepala dan sentuhan dari hidung ke hidung....

Selesai semua itu, kami pun adalah sedikit masa untuk membeli souvenir dan membelek-belek apa yang patut. Senja mula menjelma, jadi Sheena menyuruh kami untuk mula bertolak ke penginapan malam ni...aaahhhhhh jangan terkejut..kami akan tinggal di atas pokok malam ni..biar betul? rumah pokok ni memang salah satu penginapan paling mahal dan esklusif yang mampu mencecah NZ1500 satu malam. Tempat ini dikenali sebagai HAPUKU LODGE.
gambar dari internet...giler best kan???
Saya pula dapat stay kat Suite yang serba lengkap siap ada Ipod yang dipenuhi dengan lagu lagu tenang (yeah ada IPOD). Apa pun sangat bersyukur kerana dapat peluang untuk tinggal di sini. Okay tak nak cakap banyak, jom kita makan dulu. Akhirnya, tertunai jugak hajat nak makan crayfish..nah ambik!
kelembutan isi crayfish dengan mentega serta minyak zaitun memang salah satu santapan terbaik i pernah rasa..FRESH!
Hari dah malam..penat berjalan seharian..tiba masa untuk berjacuzzi...haaaaaahhh... 
masa tengah unpacking, tak sedar bila air mula melimpah dengan buih..muahahaha...
orait..nak tahu apa yang lagi aktiviti lain yang menarik semasa kami di Christchurch, sila tunggu yaa. !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...